Saturday, 7 February 2015

Birthday lunch at Twenty&Co.

As salam dan selamat sejahtera.

Hari ini merupakan hari jadi kawan baik saya. Oleh itu, kami bercadang ke cafe Twenty&Co untuk menikmati makan tengahrari kami.

Pada pemerhatian saya, kafe ini menyediakan perkhidmatan table service.  Table service bermaksud, waiter akan datang menghantar menu kepada kita dan kita memesan order.

Tandas dan kemudahan di kafe ini bersih. Saya dan rakan2 berpuas hati disini.
Cafe ini mempunyai cawangan. Cafe ini juga menyediakan makanan ringan seperti spaghetti dan lasagna.
Ini adalah makanan yang kami order. Harganya juga sedikit mahal. Boleh dikatakan setaraf dengan Starbucks Coffee.
With birthday girl 👸



Amat berpuas hati. Makanannya sedap. Recommended. Hehe.

Ini saja yang sempat saya snap kerana phone kehabisan battery 😹

Sekian, as salam 🎀




Thursday, 5 February 2015

Dinner at Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya.

As salam dan salam sejahtera saya ucapkan :)

Menjadi kebiasaan, kami sekeluarga akan makan malam bersama di malam minggu. Kerana menjadi tradisi di dalam keluarga saya bahawa hujung minggu adalah waktu yang sesuai kami sekeluarga berkumpul bersama. 

Kali ini, kami bersepakat untuk menikmati makan malam kami di TTDI Jaya Shah Alam. Restoran ini berkonsepkan Arab. Hiasan dalaman juga bertemakan Arab. 
Selain daripada susun atur meja dan kerusi yang menarik, terdapat juga ruangan makan bersila bagi mereka yang inginkan kelainan serta agak santai. Ruangan ini dihias cantik seperti gambar di bawah. 
Makanan disini semuanya bertemakan makanan arab. Harganya juga berpatutan dengan apa yang kami order. Mereka masih mengekalkan tradisi arab iaitu memakan di dalam dulang besar. Ini adalah antara makanan yang diorder oleh kami sekeluarga. 
Ini adalah Grilled Lamb with Mandy Rice. Pada pemerhatian saya, restoran ini menyediakan perkhidmatan table service. 
Ini pula adalah antara makanan yang disediakan.
Selfie sikit hehehe.
Sekian ini sahaja cerita saya. As salam 💕





Saturday, 24 January 2015

Kentucky Fried Chicken 🍗🍔🍟

As salam dan salam sejahtera. 

Oleh kerana ibu saya tidak begitu sihat, saya hanya makan di luar bersama kawan di KFC yang terletak berdekatan dengan rumah saya. Restoran KFC ini merupakan Fast Food Restaurant. Disini saya perhatikan, mereka menyediakan perkhidmatan self-service. Self-service bermaksud pelanggan akan beratur di kaunter makanan, memesan order, dan menunggu makanan di kaunter yang disediakan. Mereka juga menyediakan perkhidmatan take-away. Begitu juga dengan McDonalds. 
Harga bagi makanan disini tidak lah begitu mahal dan tidak lah begitu murah. Biasa-biasa sahaja. 
Sekian ini saja cerita saya.
As salam :)

Jengka, Pahang Darul Makmur 👆

As salam dan salam sejahtera. Haa hari ini saya dan keluarga berada di Jengka, Pahang melawat saudara saya yang uzur.   Tengah hari tadi dalam perjalan pulang dari Jengka ke Subang Jaya, kami sempat 'explore' tempat makan tengah hari yang menarik perhatian pengunjung disitu. 
Haaa ini la dia lauk hidangan makan tengah hari kami. Ikan patin gulai tempoyak. Sedap tak terkata. Kegemaran kami sekeluarga. Haha. Restoran ini menyediakan hidangan set. Contohnya yang kami order itu adalah set nasi + seketul ikan patin + sambal belacan + ulam + teh o ais . Ikan patin itu diberi pilihan sama ada kita mahu makan bahagian kepalanya, badan atau ekor. Kami tidak diberi menu, kerana restoran ini memang menyediakan gulai ikan patin tempoyak sahaja. Pengunjung di restoran ini begitu ramai dan meriah. Setelah ayah membayar makanan, kami pun sambung perjalanan pulang ke Subang Jaya. 
P/s : saya terlupa nk snap gmbr set hidangan nasi sebab terlampau lapar 😑

Sekian ini sahaja coretan saya :) as salam.

Thursday, 22 January 2015

Magnum ! 🍦🍮🍫


As salam ! 🙋
Pada 31 Dec 2014 lalu, merupakan hari jadi kawan saya. Oleh itu, saya membelanja nya makan di Magnum Cafe Mid Valley. Setahu saya kafe ini baru saja dibuka di Malaysia dan tidak la berapa okay bagi saya. Pekerja nya tidak banyak dan untuk mendapat tempat diduk disini harus beratur panjang kerana kafe ini tidak mempunyai meja yang banyak. Kafe ini menyediakan perkhidmatan table service. Harganya mahal kerana ice cream ini mempunya jenama yang agak popular jika nak dibandingkan dengan ice  cream yang lain. Ice cream atau pencuci mulut disini dihias cantik bagi menarik perhatian pelanggan. Ice cream Magnum dihias cantik di dalam jar bersama rose petals, almond, sedikit white chocolate syrup dan cip coklat. 
Sekian ini saja cerita saya 🍫

Dip n Dip 🍫🍫🍫

As salam. Saya merupakan penggemar coklat 🙈. Oleh itu, saya diajak kawan untuk menikmati Chocolate Crepe di Dip n Dip Sunway Pyramid. Ianya merupakan kafe yang menyediakan pelbagai jenis dessert yang dibuat oleh chocolate yang dihias cantik. Antara menu yang ditawarkan ialah Chocolate Crepe with 3 Layer of Chocolate, Stuff in Mug, Fruits Platter with Chocolate, Cinnamon Chocolate Crepe dan sebagainya. 
Disini saya sertakan gambar-gambar. 
Selfie sikit hehehe. 
Sekian, ini saja coretan saya yang kekenyang coklat. Hehehe. As salam 🙋😛




Makan makan di Murni Discovery Bukit Jalil 🙋

As salam dan salam sejahtera. Disini saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya menikmati makan tengah hari di Murni Discovery Bukit Jalil. Restoran ini terletak berdekatan dengan Stadium Nasional Bukit Jalil. Restoran ini agak terkenal kerana ianya menyediakan 'portion' yang begitu banyak yang boleh dikongsi dua orang. Nama-nama menu di restoran ini unik yang menarik perhatian pelanggan. Antaranya Nasi Goreng Beckham, Sirlion Steak Didier Drogba, Roti Hawaii dan sebagainya. Minuman juga mempunya nama yang unik iaitu air I Miss You, Be Happy, I Love You, Pink Panther, Teh Goyang Dangdut dan lain-lain. Harganya pada pendapat saya ianya adalah biasa sahaja dan berbaloi dengan 'portion' yang disediakan. Restoran ini mempunya banyak cawangan di Shah Alam Seksyen 7, Rawang, Bukit Jalil, Kelana Jaya ss2, Bandar Sunway dan USJ Subang Jaya. 
Ini merupakan makanan yg saya pesan, iaitu Mee Raja dan air Pink Panther. 
Ini sahaja yang sempat saya snap 🙇. Sekian, as salam. 

Sepetang di Subang Jaya 🍧

As salam dan selamat sejahtera. Pada dua hari lepas, setelah saya dan rakan-rakan selesai bermain badminton, kami sempat menikmati minum petang di warung mamak yang terletak di SS15, Subang Jaya. Menjadi kebiasaan kami untuk minum petang disitu, kerana rumah kami juga terletak disitu dan warung cendol mamak tersebut juga begitu tersohor di Subang Jaya bagi menikmati cendol dan rojak di tengah hari dan petang hari. Warung ini menyediakan perkhidmatan layan diri. Pelanggan akan beratur bagi memesan order dan mengambil makanan tersebut sendiri. Untuk pengetahuan, wating tersebut tidak mempunya meja dan kerusi makan. Pelanggan hanya akan menikmati cendol dan rojak di tepi jalan sambil duduk di atas divider jalan. Harganya juga amat berbaloi dan berpatutan. Seharusnya sedap hehe. Pelbagai jenis cendol yang ditawarkan. Antaranya cendol biasa, cendol pulut, cendol durian, atau cendol special. Bagi rojak pula, terdapat rojak biasa, rojak sotong dan rojak telur+sotong. 
Ini adalah antara makanan yang dipesan olah saya dan rakan saya. Ianya adalah rojak sotong dan cendol biasa. Sekian disini saja cerita saya 👭

Makan Makan di Laman Grill Chef Zubir.

As salam dan selamat sejahtera. Pada Ahad lepas, saya dan keluarga menikmati makan malam kami di Restoran Laman Grill di Laman Seri Business Park bersebelahan dengan PTPL. Restoran ini merupakan kepunyaan Chef Zubir yang telah menjadi juri di dalam rancangan Masterchef Selebriti Malaysia. Restoran ini juga merupakan sejenis restoran table service iaitu mereka akan memberi menu kepada kita, dan kita memesan makanan yang tertulis di menu tersebut dan kru restoran tersebut akan menghantar order tersebut kepada chef di dapur. Selepas itu, mereka memasak makanan tersebut dan kru restoran akan menghantar pesanan makanan ke meja pelanggan tersebut. Pada pendapat saya, harga makanan disini agak 'pricy'. Tetapi harganya berbaloi dengan makanan yang dihidangkan. 

Ini merupakan makanan yang telah diorder oleh saya. Ianya merupakan "Sirlion Steak with BBQ Sauce". Nama pun restoran kepunyaan chef terkemuka, haruslah sedap hehe. Sekian ini saja cerita saya 😌🍴 as salam.