Saturday, 24 January 2015

Jengka, Pahang Darul Makmur 👆

As salam dan salam sejahtera. Haa hari ini saya dan keluarga berada di Jengka, Pahang melawat saudara saya yang uzur.   Tengah hari tadi dalam perjalan pulang dari Jengka ke Subang Jaya, kami sempat 'explore' tempat makan tengah hari yang menarik perhatian pengunjung disitu. 
Haaa ini la dia lauk hidangan makan tengah hari kami. Ikan patin gulai tempoyak. Sedap tak terkata. Kegemaran kami sekeluarga. Haha. Restoran ini menyediakan hidangan set. Contohnya yang kami order itu adalah set nasi + seketul ikan patin + sambal belacan + ulam + teh o ais . Ikan patin itu diberi pilihan sama ada kita mahu makan bahagian kepalanya, badan atau ekor. Kami tidak diberi menu, kerana restoran ini memang menyediakan gulai ikan patin tempoyak sahaja. Pengunjung di restoran ini begitu ramai dan meriah. Setelah ayah membayar makanan, kami pun sambung perjalanan pulang ke Subang Jaya. 
P/s : saya terlupa nk snap gmbr set hidangan nasi sebab terlampau lapar 😑

Sekian ini sahaja coretan saya :) as salam.

No comments:

Post a Comment