As salam dan selamat sejahtera. Pada dua hari lepas, setelah saya dan rakan-rakan selesai bermain badminton, kami sempat menikmati minum petang di warung mamak yang terletak di SS15, Subang Jaya. Menjadi kebiasaan kami untuk minum petang disitu, kerana rumah kami juga terletak disitu dan warung cendol mamak tersebut juga begitu tersohor di Subang Jaya bagi menikmati cendol dan rojak di tengah hari dan petang hari. Warung ini menyediakan perkhidmatan layan diri. Pelanggan akan beratur bagi memesan order dan mengambil makanan tersebut sendiri. Untuk pengetahuan, wating tersebut tidak mempunya meja dan kerusi makan. Pelanggan hanya akan menikmati cendol dan rojak di tepi jalan sambil duduk di atas divider jalan. Harganya juga amat berbaloi dan berpatutan. Seharusnya sedap hehe. Pelbagai jenis cendol yang ditawarkan. Antaranya cendol biasa, cendol pulut, cendol durian, atau cendol special. Bagi rojak pula, terdapat rojak biasa, rojak sotong dan rojak telur+sotong.
No comments:
Post a Comment