Menjadi kebiasaan, kami sekeluarga akan makan malam bersama di malam minggu. Kerana menjadi tradisi di dalam keluarga saya bahawa hujung minggu adalah waktu yang sesuai kami sekeluarga berkumpul bersama.
Kali ini, kami bersepakat untuk menikmati makan malam kami di TTDI Jaya Shah Alam. Restoran ini berkonsepkan Arab. Hiasan dalaman juga bertemakan Arab.
Selain daripada susun atur meja dan kerusi yang menarik, terdapat juga ruangan makan bersila bagi mereka yang inginkan kelainan serta agak santai. Ruangan ini dihias cantik seperti gambar di bawah.
Makanan disini semuanya bertemakan makanan arab. Harganya juga berpatutan dengan apa yang kami order. Mereka masih mengekalkan tradisi arab iaitu memakan di dalam dulang besar. Ini adalah antara makanan yang diorder oleh kami sekeluarga.
Ini adalah Grilled Lamb with Mandy Rice. Pada pemerhatian saya, restoran ini menyediakan perkhidmatan table service.
Ini pula adalah antara makanan yang disediakan.
No comments:
Post a Comment