Saturday, 7 February 2015

Birthday lunch at Twenty&Co.

As salam dan selamat sejahtera.

Hari ini merupakan hari jadi kawan baik saya. Oleh itu, kami bercadang ke cafe Twenty&Co untuk menikmati makan tengahrari kami.

Pada pemerhatian saya, kafe ini menyediakan perkhidmatan table service.  Table service bermaksud, waiter akan datang menghantar menu kepada kita dan kita memesan order.

Tandas dan kemudahan di kafe ini bersih. Saya dan rakan2 berpuas hati disini.
Cafe ini mempunyai cawangan. Cafe ini juga menyediakan makanan ringan seperti spaghetti dan lasagna.
Ini adalah makanan yang kami order. Harganya juga sedikit mahal. Boleh dikatakan setaraf dengan Starbucks Coffee.
With birthday girl 👸



Amat berpuas hati. Makanannya sedap. Recommended. Hehe.

Ini saja yang sempat saya snap kerana phone kehabisan battery 😹

Sekian, as salam 🎀




Thursday, 5 February 2015

Dinner at Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya.

As salam dan salam sejahtera saya ucapkan :)

Menjadi kebiasaan, kami sekeluarga akan makan malam bersama di malam minggu. Kerana menjadi tradisi di dalam keluarga saya bahawa hujung minggu adalah waktu yang sesuai kami sekeluarga berkumpul bersama. 

Kali ini, kami bersepakat untuk menikmati makan malam kami di TTDI Jaya Shah Alam. Restoran ini berkonsepkan Arab. Hiasan dalaman juga bertemakan Arab. 
Selain daripada susun atur meja dan kerusi yang menarik, terdapat juga ruangan makan bersila bagi mereka yang inginkan kelainan serta agak santai. Ruangan ini dihias cantik seperti gambar di bawah. 
Makanan disini semuanya bertemakan makanan arab. Harganya juga berpatutan dengan apa yang kami order. Mereka masih mengekalkan tradisi arab iaitu memakan di dalam dulang besar. Ini adalah antara makanan yang diorder oleh kami sekeluarga. 
Ini adalah Grilled Lamb with Mandy Rice. Pada pemerhatian saya, restoran ini menyediakan perkhidmatan table service. 
Ini pula adalah antara makanan yang disediakan.
Selfie sikit hehehe.
Sekian ini sahaja cerita saya. As salam 💕