Pada Sabtu lepas, 15hb November, saya dan kakak ke Kg.Baru untuk menikmati makanan malam kami. Selalunya kami ke Restoran Suraya Kg.Baru. Restoran ini merupakan restoran Thai dan makanan disini kebanyakannya berasal dari Thailand. Restoran ini merupakan restoran kegemaran kami sejak dari dulu lagi. Oleh kerana keluarga saya semuanya berasal dari Kelantan, maka makanan Thailand amat digemari saya hehe. Pulut Mangga merupakan menu wajib kami setiap kali berkunjung ke sini 💁 bukan setakat itu, di restoran ini juga menyediakan hidangan Somtam, Kerabu Mangga, Kerabu Maggi, Bubur Nasi Berlauk, Mee Celup, dan masakan panas yang boleh diorder oleh para pelanggan. Disini saya sertakan gambar Pulut Mangga yang sempat saya snap sebelum bateri telefon saya kehabisan 🙇

No comments:
Post a Comment