As salam dan selamat sejahtera. Pada Ahad lepas, saya dan keluarga menikmati makan malam kami di Restoran Laman Grill di Laman Seri Business Park bersebelahan dengan PTPL. Restoran ini merupakan kepunyaan Chef Zubir yang telah menjadi juri di dalam rancangan Masterchef Selebriti Malaysia. Restoran ini juga merupakan sejenis restoran table service iaitu mereka akan memberi menu kepada kita, dan kita memesan makanan yang tertulis di menu tersebut dan kru restoran tersebut akan menghantar order tersebut kepada chef di dapur. Selepas itu, mereka memasak makanan tersebut dan kru restoran akan menghantar pesanan makanan ke meja pelanggan tersebut. Pada pendapat saya, harga makanan disini agak 'pricy'. Tetapi harganya berbaloi dengan makanan yang dihidangkan.


No comments:
Post a Comment